Close

Infinix umum teknologi pengecasan pantas 260W All-Round Fast Charge

Infinix nampaknya tidak mahu ketinggalan dalam teknologi pengecasan pantas yang semakin menjadi tumpuan pengeluar ketika ini. Berikutan dari itu, Infinix telah mengumumkan teknologi pengecasan pantas 260W All-Round Fast Charge dan 110W Wireless All-Round Fast Charge.

Melalui teknologi ini, ia mampu melakukan satu pengecasan penuh hanya dalam 8 minit sahaja untuk kapasiti bateri 4400mAh. Teknologi ini menggunakan binaan litar pintar 4-Pump Intellgent Circuit Design, yang mana teknologi ini dapat mengenal pasti keperluan kuasa yang diperlukan dan bilangan pam yang yang diperlukan untuk berfungsi.

Dengan menggunakan binaan litar pintar 4-Pump Intellgent Circuit Design ini, ia dapat memberikan jangka hayat bateri yang lebih baik meskipun selepas 1000 kitaran pengecasan. Selain itu, teknologi ini turut dimuatkan dengan rekaan litar inovatif PFC + AHB (Advanced High-Perfomance Bus) yang menggunakan tri-komponen GaN dengan kawalan pengecasan keselamatan.

Manakala, untuk pengecasan 110W Wireless All-Round Fast Charge. Ia mampu melakukan satu pengecasan penuh hanya dalam 16 minit sahaja. Teknologi ini menggunakan gegelung kecil yang direka khas dan mempunyai bilangan gegelung yang sedikit tetapi dalam saiz yang besar.

Ia turut dimuatkan dengan kipas penyejuk yang membantu dalam pelepasan haba untuk proses pengecasan yang lebih baik dan juga efektif. Teknologi pengecasan ini dijangka akan dimuatkan pada peranti premium mereka yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN