Close

Ini 3 aplikasi terbaik sempena bulan Ramadhan


Bulan Ramadan adalah bulan yang paling istimewa buat semua umat islam di seluruh dunia. Yang mana, pada bulan tersebut, seluruh umat islam mengambil peluang untuk mengimarahkan ibadah dan melakukan pelbagai bentuk kebaikan.
Sehubungan dengan itu, kami ingin berkongsi 3 aplikasi terbaik untuk dimuat turun bersempena dengan bulan ramadan ini.
QalbyApp

Qalby adalah perkataan arab yang bermaksud Hati. Aplikasi mudah alih ini menyediakan pelbagai kandungan berkenaan islam seperti kepentingan islam, pendidikan dan juga gaya hidup yang berasaskan kepada Al-Quran dan Sunnah.
Tampil dengan antara muka yang sangat minimal dan mudah untuk digunakan oleh pelbagai golongan. Lebih menarik, aplikasi ini adalah percuma dan tiada sebarang iklan yang dipaparkan.
Antara fungsi yang terdapat dalam QalbyApp adalah doa harian, peringatan waktu solat, panduan arah kiblat dan juga al-quran. Fungsi paling menarik pada aplikasi ini adalah e-journal, yang mana fungsi ini sama seperti Planner memudahkan pengguna untuk membuat catatan aktiviti harian.
QalbyApp ini dibangunkan oleh Eternal Rewards Snd Bhd, salah seorang pembangun aplikasi ini adalah selebriti tempatan iaitu Mizz Nina. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Play Store dan juga App Store.
Muslim Pro
Boleh dikatakan sebagai aplikasi wajib pasang oleh setiap umat islam. Aplikasi ini boleh dikatakan sebagai serba lengkap untuk digunakan oleh semua umat islam. Antara cirinya yang ditawarkan adalah seperti jadual solat, panduan arah kiblat, berita terkini dan lain-lain.
Bersempena dengan bulan ramadan 2023, pelbagai ciri baharu telah ditambah seperti peringatan untuk waktu sahur dan berbuka puasa, penjejak puasa, khatam al-quran dan paling menarik adalah ciri qalbox yang mana pengguna boleh strim kandungan berkenaan dengan ramadan seperti dokumentari, filem, program dan tilawah al-quran. Aplikasi ini telah dimuat turun lebih dari 140 juta pengguna di seluruh dunia. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Play Store dan juga App Store.
Everyday Muslim – Shalat & more
Aplikasi terakhir adalah Everyday Muslim. aplikasi ini menawarkan ciri yang lebih terperinci dalam beberapa perkara. Hadir dengan antara muka yang mesra pengguna dan mudah untuk difahami oleh kebanyakan golongan.
Membawakan ciri asas yang sama seperti kebanyakan aplikasi lain seperti peringatan waktu solat, peringatan waktu sahur dan berbuka puasa, petunjuk arah kiblat dan sebagainya. Namun, apa yang menarik aplikasi ini adalah ia menawarkan ciri mencari masjid terdekat, 99 nama allah, tasbih, dan lain-lain.
Aplikasi ini dibangunkan oleh UMRA Tech, selain Everyday Muslim pembangun ini turut menghasil beberapa aplikasi muslim lain seperti Hadith Colecctions, Easy Islam, Al Qu’ran dan banyak lagi. Aplikasi ini ditawarkan secara percuma tanpa sebarang iklan dipaparkan dan boleh dimuat turun di Play Store dan juga App Store.
Kesimpulan
Tidak dapat dinafikan terdapat pelbagai lagi aplikasi yang bersesuai dan boleh digunakan di sepanjang bulan ramadan atau selepas bulan ramadan. Kesemua aplikasi ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Jadi, dengan penyenaraian aplikasi ini sedikit sebanyak dapat membantu anda melalui bulan ramadan. 
Di kesempatan ini juga, kami ingin mengucap selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pembaca, moga ramadan kali ini adalah lebih baik dari yang sebelumnya.

ARTIKEL BERKAITAN