Close

Ini 3 teknologi pengecasan pantas yang paling laju di dunia ketika ini


Pada ketika ini, kebanyakan pengeluar mula mefokuskan kepada teknologi pengecasan yang lebih pantas untuk dijadikan sebagai salah satu titik penjualan peranti. Jika sebelum, ini terdapat beberapa teknologi pengecasan pantas seperti 65W, 80W atau 120W yang boleh dikatakan sebagai sudah memadai.


Namun begitu, seiring dengan perkembangan teknologi. Beberapa pengeluar telahpun memperlihatkan teknologi pengecasan pantas yang lebih maju dan lebih pantas dari sebelumnya. Berikutan dari itu, kami ingin berkongsi 3 teknologi pengecasan pantas paling laju yang ada di dunia ketika ini.


realme SuperVOOC 240W


Teknologi pengecasan pantas 240W ini diumumkan oleh realme dan digunakan pada peranti terkini mereka iaitu realme GT Neo5 (China) atau realme GT3 (Global). 


Menurut realme, teknologi pengecasan pantas 240W ini menggunakan kabel khusus dengan input 20V/12A dan output 10V/24A, melalui tiga pengecas yang berbeza dengan tenaga sekitar 10V/24A. Selain itu, realme turut menggunakan Dwi Gallium Nitride (GaN) pada pengecasan pantas 240W ini. Teknologi ini juga mampu mengekalkan kesihatan bateri pada 80% selepas 1600 kitaran pengecasan.


Melalui teknologi ini, ia mampu melakukan satu pengecasan penuh hanya dalam masa 9 minit 30 saat untuk kapasiti bateri 4600mAh.


Infinix All-Round Fast Charge 260W



Teknologi pengecasan ini baharu sahaja diumumkan oleh Infinix. Menawarkan dua teknologi pengecasan pantas iaitu 260W All-Round Fast Charge dan 110W Wireless All-Round Fast Charge.


Teknologi ini menggunakan binaan litar pintar 4-Pump Intellgent Circuit Design, yang mana teknologi ini dapat mengenal pasti keperluan kuasa yang diperlukan dan bilangan pam yang yang diperlukan untuk berfungsi. Dimuatkan dengan rekaan litar inovatif PFC + AHB (Advanced High-Perfomance Bus) yang menggunakan tri-komponen GaN yang turut menyokong kitaran pengecasan sehingga 1000.


Melalui teknologi ini, ia mampu melakukan satu pengecasan penuh hanya dalam 8 minit sahaja untuk kapasiti bateri 4400mAh. Manakala, untuk pengecasan 110W Wireless All-Round Fast Charge. Ia mampu melakukan satu pengecasan penuh hanya dalam 16 minit sahaja. Teknologi ini menggunakan gegelung kecil yang direka khas dan mempunyai bilangan gegelung yang sedikit tetapi dalam saiz yang besar.


Xiaomi Quick Charge 300W



Merupakan teknologi pengecasan terpantas yang ada di dunia pada ketika ini iaitu pada 300W. Diumumkan oleh Xiaomi dan digunakan pada Redmi Note 12 Pro+. Teknologi pengecasan ini dimuatkan dengan teknologi Double GaN yang mempunyai tahap perlindungan keselamatan yang lebih baik.



Melalui video yang dikongsi oleh redmi, memperlihatkan teknologi pengecasan tersebut hanya memerlukan 2 minit 13 saat untuk mengecas dari 0% ke 50%, manakala untuk satu pengecasan penuh ia hanya memerlukan 4 minit 54 saat sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN