Close

Ini yang perlu anda tahu mengenai Proton X90 2023

Proton telah mengumumkan ketibaan SUV tiga baris tempat duduk baharu mereka iaitu Proton X90 2023. Ia juga merupakan model hibrid pertama yang dilancarkan oleh Proton.

Proton X90 2023 ini dilengkapi dengan enjin 1.5 liter tiga silinder turbo bersama intergrasi sistem hibrid. Enjin ini mampu menghasilkan kuasa maksima 190 PS dengan tork maksima 300 Nm. Model ini turut menyokong fungsi swapandu tahap 2 dan menggunakan sistem tranmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan.

Dari segi rekaan, Proton X90 2023 hadir dengan beberapa perubahan seperti rekaan jeriji yang kini tampil dengan corak songket bersama busur Ethereal yang menampakan ia lebih bergaya. Bahagian sisi SUV ini turut menerima sedikit perubahan dengan rekaan silhoutte berotot yang menjadikan ia tampak lebih kemas.

Ciri lain yang turut ditawarkan pada Proton X90 2023 adalah seperti skrin kluster bersaiz 10-inci, skrin infotainment besaiz 12.3-inci. sistem ADAS, Amaran pelanggaran belakang RCW dan juga sistem informasi papan tanda trafik (TSI). Menurut Proton, model X90 2023 adalah model pertama yang hadir dengan ciri tersebut.

Untuk penawaran, Proton X90 2023 ini hadir dalam empat pilihan varian iaitu Standard, Executive, Premium dan juga Flaghip. Tampil dalam dua konfigurasi tempat duduk bergantung kepada varian iaitu tujuh tempat duduk atau enam tempat duduk yang lebih mewah dengan sepasang tempat duduk kapten di tengah.

Buat masa ini, Proton belum lagi mengumumkan sebarang tarikh dan juga penawaran harga untuk Proton X90 2023. Namun, Proton bakal mengadakan sesi pra-tonton untuk pelanggan yang berminat bermula pada 8 April ini.

ARTIKEL BERKAITAN