Close

Insta360 Flow dilancarkan dengan harga jualan sekitar RM705


Insta360 kini tampil dengan penawaran peranti baharu iaitu Insta360 Flow. Peranti baharu ini adalah sebuah gimbal, hadir dengan rekaan kompak dan dibina khusus untuk kegunaan telefon pintar. Ia juga merupakan gimbal pertama dari Insta360.

Insta360 Flow dikuasakan dengan kemampuan penjejakan kecerdasan buatan (AI) termaju di dunia. Menggunakan penstabilan gimbal 3 paksi bersama penjejakan automatik Deep Track 3.0 yang mampu merakam subjek dengan lancar dan mudah.

Mempunyai keupayaan tripod secara terbina yang boleh dipanjangkan sehingga 80mm dengan diameter 187.6mm. Turut mempunyai keupayaan selfie stick yang boleh dipanjangkan sehingga 215mm. Untuk sambungan telefon pintar ia menggunakan Magnetic Clamp, manakala untuk kawalan ia hadir dengan butang SmartWheel yang membolehkan pengguna menukar mod dengan lebih mudah dan pantas.

Insta360 Flow ini menawarkan pelbagai mod seperti auto mode, hoop mode, panorama, time shift, motion time-lapse, FPV dan dolly zoom mode. Selain itu, ia juga menawarkan kemampuan untuk merakam kandungan seperti profesional. Gimbal ini turut mempunyai Shot Genie yang mengesyorkan lebih dari 80 template menarik.

Dari segi ketahanan bateri, Insta360 Flow dilengkapi dengan kapasiti bateri 2900mAh yang mampu bertahan sehingga 12 jam dengan waktu pengecasan sekitar 2 jam untuk satu isian penuh.

Insta360 Flow dijual pada harga $159.99 (RM705) dengan setiap pembelian akan menerima aksesori seperti sambungan Magnetic Clamp, kabel pengecasan, penutup dan juga beg pelindung. Terdapat juga beberapa aksesori sampingan lain seperti spotlight dan kabel pengecasan C to Lightning yang perlu dibeli secara berasingan.

ARTIKEL BERKAITAN