Close

Instagram bakal hadir dengan format iklan baharu – Papar iklan pada hasil carian

Instagram bakal memperkenalkan dua format iklan baharu, yang mana kedua-dua format tersebut telahpun berada di fasa ujian pada ketika ini.
Dua format iklan tersebut adalah iklan peringatan dan juga iklan dalam hasil carian. Untuk iklan peringatan, ia direka khas untuk memudahkan peniaga untuk mempromosikan apa jua acara atau siri TV kepada pengguna. Iklan ini akan memberikan peringatan dalam sesuatu tempoh seperti sehari sebelum acara, 15 minit sebelum acara atau semasa siri TV tersebut ditayangkan.
Manakala, untuk iklan dalam hasil carian pula ia akan memaparkan iklan pada bahagian carian apabila pengguna membuat carian mengenai sesuatu produk atau sebagainya. Iklan yang dipaparkan akan berkaitan dengan carian yang dilakukan. Format iklan ini dilihat sesuai untuk peniaga mengiklan produk mereka dengan lebih mudah.
Kedua-dua format iklan ini masih lagi dalam fasa ujian dan dijangka akan dilancarkan secara global dalam beberapa bulan akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN