Close

iPhone 14 dan iPhone 14 Plus dalam warna kuning kini boleh dipra-tempah di Malaysia

Apple sebelum ini telahpun mengumumkan pilihan warna baharu untuk iPhone 14 dan iPhone 14 Plus. Terkini, Pilihan warna baharu yang dibawakan kali ini adalah Kuning dan hanya tersedia untuk model iPhone 14 dan iPhone 14 Plus. Dari segi spesifikasi, tiada sebarang perubahan yang dilakukan hanya pilihan warna baharu sahaja yang dibawakan.



Bagi yang berminat, pra-tempahan untuk pilihan warna baharu ini akan dibuka bermula jam 9 malam ini yang boleh dibuat melalui laman web rasmi Apple. Manakala, jualan pertama akan bermula pada 14 Mac ini. Di Malaysia, iPhone 14 dijual pada harga bermula dari RM4199 sementara untuk iPhone 14 Plus ia dijual pada harga bermula RM4699.

ARTIKEL BERKAITAN