Close

iPhone 14 Pro kini boleh dibeli pada harga RM4949

Berita gembira untuk anda yang ingin membeli iPhone14 Pro dengan harga di bawah RM4999. Sesetengah pengedar rasmi Apple di Malaysia kini menawarkan diskaun dari RM250 sehingga RM350 untuk iPhone 14 Pro. Menjadikan, harga baharu untuk iPhone 14 Pro 128GB adalah RM4949 dan iPhone 14 Pro Max 128GB adalah RM5449.
Sebagai perbandingan, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max dengan konfigurasi yang sama dijual pada harga RM5299 dan RM5799 ketika ia di lancarkan.
Namun begitu, harga diskaun ini hanya tersedia di beberapa pengedar rasmi Apple sahaja. Antara pengedar rasmi yang memberikan diskaun adalah iStore, Thunder, Machines, Harvey Norman, Switch Republic, SenQ, iT World dan juga  DirectD.
Dengan penawaran diskaun sehingga RM350 untuk iPhone 14 Pro. Ia mungkin waktu yang sesuai untuk anda menaik taraf peranti semasa kepada peranti baharu.

ARTIKEL BERKAITAN