Close

Kad debit dan kad kredit akan menyokong pembayaran pengangkutan awam tidak lama lagi


Sistem pembayaran pengangkutan awam dijangka akan mengalami peralihan tidak lama lagi. Yang mana, ia dijangka akan menyokong sistem pembayaran terbuka untuk pengangkutan awam khususnya di bawah Prasarana Sdn Bhd.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Sistem pembayaran terbuka membolehkan pengguna untuk menggunakan kad debit atau kad kredit sebagai medium pembayaran pengangkutan awam selain kad Touch ‘n Go.

Pada ketika ini, pembayaran untuk pengangkutan awam adalah terhad kepada Touch ‘n Go atau token yang perlu dibeli secara fizikal. Dengan pengenalan sistem pembayaran terbuka ini, ia dijangka akan lebih memudahkan dan dapat menjimatkan masa. 

Perasan benda ni kat LRT Wangsa Maju tadi. RapidKL pun dah boleh buat direct payment guna kad ATM. Touch n Go pulak nak tunggu tahun 3030 baru boleh topup online agaknya. pic.twitter.com/YJhGyTwu7Z

— snowman (@orangsalji83) September 22, 2020

 

Selain itu, pengguna juga akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk pembayaran untuk pengangkutan awam dan lebuh raya. Buat masa ini, sistem pembayaran terbuka ini telahpun dilaksanakan dan mengambil masa untuk diintergrasikan. 

Perlaksanaan ini akan merangkumi sistem pengangkutan awam di bawah Prasarana iaitu Transit Aliran Ringan (LRT),  Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) dan perkhidmatan bas.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN