Close

Kemas kini iOS 16.4 kini tersedia untuk semua pengguna


Apple hari ini melepaskan kemas kini terbaru iaitu iOS 16.4, kemas kini ini membawakan sejumlah fungsi baharu, penyelesaian masalah pepijat dan juga hadir dengan kemas kini keselamatan.



Antara fungsi baharu yang dibawakan pada kemas kini iOS 16.4 adalah seperti sokongan emoji baharu, notifikasi web, voice isolation, tetapan baharu untuk beta dan banyak lagi. Untuk penyelesaian masalah dan kemas kini keselamatan tiada maklumat yang terperinci didedahkan oleh Apple mengenai senarai kemas kini yang dibawakan pada iOS 16.4.


Buat semua pengguna yang menjalankan iOS 16, kemas kini ini tersedia untuk dimuat turun secara Over The Air (OTA) dengan pergi ke Setting > General > Software Update > Download Install. Sebagai peringatan, sesetengah fungsi mungkin tidak tersedia untuk semua negara atau peranti yang menjalankan iOS 16.

ARTIKEL BERKAITAN