Close

Kerajaan akan pertimbangkan semula isu monopoli Touch ‘n Go

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan yang kerajaan akan memberikan perhatian yang lebih mendalam mengenai isu Touch ‘n Go lebih-lebih lagi berkenaan dengan isu monopoli.


Perkara tersebut dinyatakan pada Program Temu Anwar yang menjawab pertanyaan salah seorang peserta berkenaan hasrat kerajaan dalam menamatkan monopoli Touch n. Go. Menurut beliau lagi, Touch ‘n Go telahpun beroperasi lebih dari dua dekad dan sistem yang digunakan masih lagi berada di tahap yang sama dan tiada sebarang perubahan ketara yang dibawakan oleh syarikat berkenaan.


Berikutan dari itu, kerajaan akan mempertimbangkan kembali beberapa perkara berkenaan dengan isu monopoli Touch ‘n Go.


Dalam masa yang sama, Perdana Menteri turut memberikan jaminan akan terus melindungi hak bersuara rakyat selagi tidak menyentuh soal kaum dan agama serta memecah belahkan masyarakat. Selain itu, kerajaan tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas sesiapa kerana memberi pendapat atau pandangan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN