Close

Kerajaan sasar 1.5 juta kenderaan elektrik (EV) di Malaysia menjelang 2040


Kerajaan menyasarkan 1.5 juta kenderaan elektrik (EV) di Malaysia menjelang tahun 2040. Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad di Dewan Rakyat.


Angka sasaran 1.5 juta dijangka akan berjaya dicapai berikutan ketika ini negara sedang melalui fasa penghijrahan bagi infrastruktur EV di peringkat global. yang turut membabitkan kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) yang menggunakan petrol kepada EV.

Sasaran tersebut dilihat seiring dengan pembangunan dan juga pembinaan stesen pengecas yang telahpun dimulakan di seluruh negara oleh beberapa syarikat seperti Gentari Sdn Bhd (Gentari), Tenaga Nasional Berhad (Electron) dan juga beberapa pihak swasta lain.

Selain itu,  sasaran ini dilihat sebagai salah satu langkah awal ke arah negara sifar karbon menjelang tahun 2050, yang mana hala tuju tersebut terdapat di dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

Sebelum ini, kerajaan menyasarkan sekitar 90,000 kenderaan elektrik di Malaysia menjelang tahun 2040. Namun, berdasarkan dari permintaan kenderaan elektrik yang dilihat semakin meningkat, Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) mengubah sasaran kepada 1.5 juta menjelang tahun 2040.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN