Kerajaan tambah 5 lagi Lebuhraya yang menyokong pembayaran tol melalui kad debit dan kad kredit - FUZZ.MY

Tuesday, March 28, 2023

Kerajaan tambah 5 lagi Lebuhraya yang menyokong pembayaran tol melalui kad debit dan kad kredit


Menteri Kerja Raya, Dato Sri 
Alexander Nanta Linggi hari ini mengumumkan 5 lagi Lebuhraya yang menyokong sistem pembayaran terbuka. Pengumuman tersebut menjadikan jumlah Lebuhraya yang menyokong sistem pembayaran terbuka adalah 11 secara keseluruhannya.

Sebelum ini, 6 Lebuhraya telah diumumkan menyokong sistem pembayaran terbuka yang melibatkan Lebuhraya Pantai Baru, Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Koridor Guthrie, Lebuhraya Bertingkat Ampang - Kuala Lumpur dan Jambatan Pulau Pinang.


Terbaru, 5 lagi Lebuhraya diumumkan menyokong sistem pembayaran terbuka iaitu Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP), Skim Penyuaraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Terowong SMART, Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX).


Melalui Sistem pembayaran terbuka ini, ia membolehkan pengguna untuk menggunakan kad debit atau kad kredit sebagai medium pembayaran tol selain, dari pembayaran melalui kad Touch 'n Go yang sedang digunakan pada ketika ini.


Pelaksanaan sistem pembayaran terbuka ini juga adalah inisiatif awal untuk peralihan ke arah sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) yang sedang dilakukan secara berperingkat pada ketika ini. Sistem pembayaran terbuka ini dijangka akan dilaksanakan pada September 2023.


(Sumber)