Close

KKD akan panggil Telegram untuk berbincang berkenaan isu keselamatan

Kementerian Komunikasi dan Digital akan memanggil penyedia perkhidmatan Telegram dalam masa terdekat untuk membincangkan isu berkaitan keselamata dan scammer yang berlaku pada aplikasi permesejan tersebut.

Menurut YB Fahmi Fadzil, aplikasi permesejan Telegram mengandungi pelbagai maklumat yang mampu memberikan kesan yang baik namun, tidak dapat dinafikan yang ia turut mampu memberi kesan buruk lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan isu keselamatan dan scammer.

Selain isu keselamatan dan scammer, KKD turut menekankan beberapa isu lain yang turut berlaku pada aplikasi Telegram, Antara isu yang ditekankan adalah seperti ekstremisme, pencurian identiti dan juga penyebaran kandungan lucah.

Oleh yang demikian, KDD bersedia untuk bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan Telegram dalam usaha untuk membenteras isu berkenaan sekaligus dapat membantu pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya di bawah undang-undang sedia ada.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN