Terkini, Lenovo mengesahkan yang mereka telahpun menghenti atau menamatkan pengeluaran telefon gaming melalui model Legion. Ia bermaksud, tiada lagi model baharu di bawah Lenovo Legion akan ditawarkan.
Keputusan untuk menghentikan pengeluaran telefon gaming Legion di buat sebagai sebahagian daripada tranformasi ke arah yang lebih luas dalam arena gamin. Selain itu, Lenovo sentiasa komited dalam usaha untuk memajukan segmen gaming dalam masa yang sama dapat memberi nilai tambah dalam komuniti gaming di peringkat global.
Lenovo mula menyertai segmen telefon gaming pada 2020 melalui model Lenovo Legion Duel, kemudian melancarkan Lenovo Legion Duel 2 pada 2021 dan model seterusnya yang juga model terakhir adalah Lenovo Legion Y90 yang dilancarkan pada 2022.