Close

LHDN sasarkan pempengaruh dan TikTokers sebagai golongan pembayar cukai

Pempengaruh dan TikTokers antara golongan pembayar cukai yang akan tampil dalam program pengakuan sukarela khas (SVPD 2.0) yang akan dilaksanakan pada 1 Jun sehingga akhir tahun depan.

Program yang dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ini menyasarkan pempengaruh, TikTokers, syarikat kecil dan individu yang tidak pernah melaporkan pendapatan mereka untuk tampil  secara sukarela untuk melaporkan pendapatan mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Mohd Nizom Sairi. Pendapatan pempegaruh dan juga TikTokers boleh dinilai secara jelas melalui jumlah pengikut dan tontonan kandungan yang dimuat naik. Dalam masa yang sama, LHDN akan turut mengadakan sesi libat urus bagi memahami dan mendapatkan maklumat balas daripada golongan tersebut.


Program ini membolehkan pengampunan ke atas penalti 100% terhadap cukai langsung dan tidak langsung yang tidak dibayar. Program ini dijangka akan melibatkan lebih dari 50,000 pembayar cukai baharu.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN