Close

Messi hadiahkan 35 iPhone 14 Pro bersalut emas sempena kemenangan Piala Dunia 2022


Seperti yang kita tahu, Argentina adalah pemenang Piala Dunia Edisi 2022 selepas berjaya menewaskan Perancis dalam perlawanan akhir. Pada perlawanan tersebut, Lionel Messi telah menjadi watak utama dalam kemenangan tersebut.



Berikutan dari kejayaan tersebut, Messi telah menghadiakan 35 unit iPhone 14 Pro yang bersalut dengan emas 24 karat kepada semua rakan sepasukan dan juga kakitangan yang terlibat dalam kempen Piala Dunia 2022 di Qatar.



iPhone tersebut direka khas dan mempunyai nama pemain, nombor jersi, nama kakitangan, logo Persatuan Bola Sepak Argentina dan juga logo iDesign Gold yang merupakan rakan kerjasama dalam menghasilkan iPhone 14 Pro edisi emas tersebut.


Menariknya lagi, setiap iPhone tersebut didatangkan dengan kotak mewah bersama dengan sijil ketulenan. Messi membelanjakan kira-kira RM760,920 ($170,000) untuk 35 unit iPhone 14 Pro emas dengan setiap satunya berharga RM21,547 (Β£4,000).


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN