Close

Meta Verified dilancarkan untuk Facebook dan Instagram – Harga langganan sekitar RM54 sebulan


Meta kini sedia menawarkan perkhidmatan pengesahan berbayar untuk Facebook dan Instagram yang dipanggil sebagai Meta Verified. Perkhidmatan pengesahan berbayar ini ditawarkan secara langganan dengan bayaran bulanan yang mirip seperti Twitter Blue.


Pengguna yang melanggan perkhidmatan tersebut akan menerima tanda calit biru pada akaun Facebook dan Instagram. Selain menerima tanda calit biru, perkhidmatan ini turut membawakan beberapa ciri lain seperti perlindungan daripada kecurian identiti, sokongan terus khidmat pelanggan, sticker ekslusif dan juga menerima 100 stars setiap bulan untuk diberikan hadiah kepada pencipta kandungan.
Meta Verified memerlukan kad pengenalan atau kad yang di keluarkan oleh kerajaan untuk mengesahkan identiti pengguna. Perkhidmatan ini ditawarkan secara berasingan, yang bermaksud pengguna perlu melanggan setiap aplikasi secara individu.
Buat masa ini, Meta Verified hanya tersedia pengguna di New Zealand, Australia dan Amerika Syarikat. Ditawarkan dengan harga sekitar RM54 sebulan sekiranya melanggan melalui web dan RM68 sekiranya melanggan melalui Android dan iOS.

ARTIKEL BERKAITAN