Close

Nothing Ear (2) dilancarkan dengan harga RM599

Nothing secara rasmi melancarkan Nothing Ear (2) iaitu TWS premium mereka yang kedua atau secara keseluruhan TWS ketiga dalam keluarga Nothing. Melaluinya, ia hadir dengan sejumlah peningkatan dari segi audio dan juga ketahanan bateri.

Dari segi rekaan, tiada perubahan ketara yang dibawakan pada Nothing Ear (2). Perbezaan ketara mungkin hanya dapat dilihat melalui perkataan Nothing Ear (2) pada putik audio, bekas pengecas yang lebih kecil dan juga lebih ringan.

Masih lagi menggunakan pemacu 11.6mm namun, membawakan kualiti audio yang lebih baik dengan sokongan audio Hi-Res 24-bit dengan LHDC 5.0. Turut menyokong tetapan Equaliser yang boleh ubahsuai secara sepenuhnya serta mempunyai ciri Ear Fit Tip Test untuk memberikan kualiti audio yang sesuai dengan telinga pengguna.

Fungsi ANC turut dipertingkat dengan membawakan fungsi Personalized ANC yang mempunyai sokongan ANC adaptive dan juga kawalan ANC 3 tahap. Fungsi lain yang turut dimuatkan adalah Dual Connection yang membolehkan ia disambung secara serentak kepada dua peranti. Ketahanan air dan debu turut dipertingkat dengan penarafan IP55 pada bekas pengecas dan IP54 pada putik audio.

Dari segi ketahanan bateri, ia mampu bertahan sehingga 36 jam dengan bekas pengecas. 6 jam penggunaan dengan fungsi ANC dinyahaktif dan 4 jam dengan fungsi diaktifkan. Menyokong pengecasan tanpa wayar dan juga pengecasan melalui USB-C.

Harga jualan Nothing Ear (2) di Malaysia adalah RM599 dengan pra-tempahan bermula pada 23 Mac ini dan jualan pertama pada 8 April. Bagi yang berminat, anda boleh mencuba TWS ini sebelum membeli di beberapa lokasi seperti YES Experience Store, Lot 10,DirectD Gadget Mega Store, Petaling Jaya, TMT, Mid Valley Megamall, Vivid Concepts, Sunway Pyramid Shopping Mall dan TacMobile, Aeon Mall Bukit Tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN