Close

Nothing Phone (2) disahkan hadir dengan cip premium

Nothing mencuri tumpuan pada acara MWC yang berlangsung di Barcelona. Apabila mengumumkan kerjasama dengan Qualcomm sekaligus mengesahkan yang Nothing Phone (2)  akan dikuasakan dengan cip premium dari siri Snapdragon 8. 

Snapdragon 8 Series LFG! 🔥 https://t.co/WShuoycQty

— Carl Pei (@getpeid) February 28, 2023

Berikutan dari itu, kita mungkin menjangkakan yang Nothing Phone (2) akan menawarkan peningkatan prestasi yang lebih baik. Sebelum ini, Nothing telah mengesahkan yang mereka akan melancarkan peranti yang lebih premium melalui Nothing Phone (2) pada 2023.
Namun begitu, Nothing tidak mendedahkan mengenai siri Snapdragon 8 yang mana akan digunakan pada Nothing Phone (2). Dengan menggunakan cip yang lebih premium, kita mungkin boleh menjangkakan yang peranti ini mungkin akan dijual lebih mahal.
Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai pelancaran Nothing Phone (2). Namun, terdapat beberapa laporan menjangkakan peranti ini mungkin akan dilancarkan sekitar Julai hingga September 2023. Sebagai rekod, Nothing Phone (1) dilancarkan pada Julai 2022.

ARTIKEL BERKAITAN