Close

nubia Z50 Ultra dilancarkan dengan harga sekitar RM2592

nubia yang sebelum ini memfokuskan kepada telefon gaming, kini sedia untuk menawarkan telefon bukan gaming pertama untuk 2023 melalui model Z50 Ultra. Melaluinya, ia hadir dengan kamera swafoto dibawah skrin dan juga lensa kamera custom-made seperti DSLR iaitu 35mm dan 85mm.

nubia Z50 Ultra dilengkapi dengan skrin jenis melengkung bersaiz 6.81-inci AMOLED yang turut menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0.

Dari segi fotografi, nubia Z50 Ultra hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 64MP Sony IMX878 OIS (35mm) + 64MP periskop (85mm) + 50MP ultra lebar (14mm). Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 16MP yang menggunakan teknologi dibawah skrin. Bateri 5000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 80W.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah Bluetooth 5.2, pembesar suara jenis stereo, sambungan USB-C 3.1 dan menjalankan sistem operasi MyOS 13 berasaskan Android 13.

Di China, nubia Z50 Ultra dijual pada harga bermula CNY3,999 (RM2595). Ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Hitam, Kelabu dan Starry Night.

ARTIKEL BERKAITAN