Close

OnePlus 11 Jupiter Rock dilancarkan – Hadir dengan kemasan batu mikrokristal pada panel belakang

Seperti kebiasaan, OnePlus akan hadir dengan peranti edisi khas untuk model semasa mereka. Pada kali ini, OnePlus hadir dengan edisi khas yang lebih unik yang menggunakan kemasan batu mikrokristal pada panel belakang. Peranti edisi khas ini dipanggil sebagai OnePlus 11 Jupiter Rock.


Kemasan batu mikrokristal ini di inspirasikan daripada permukaan planet Jupiter. Yang mana, kemasan tersebut menggunakan teknologi ‘natural graining’ untuk menghasilkan bentuk dan tekstur yang berbeza dan seakan-akan permukaan planet Jupiter.

Penghasilan kemasan ini melalui 9 proses yang sangat kompleks dan rumit dengan peratus penghasilan sekitar 25%. Kemasan ini membawakan satu perasaan yang sangat unik dan terasa sejuk apabila dipegang serta dapat memberi cengkaman yang lebih baik. OnePlus 11 Jupiter Rock ini turut hadir dengan bingkai warna keemasan untuk menampakan ia lebih menarik dan lebih premium.

Dari segi spesifikasi, ia masih membawakan spesifikasi yang sama seperti model standard iaitu menggunakan skrin 6.7-inci Fluid AMOLED LTPO3, Snapdragon 8 Gen 2, 16GB RAM dan storan dalaman 512GB UFS 4.0. Tri-kamera belakang 50MP + 48MP + 32MP dan swafoto 16MP. Bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 100W.

Di China, OnePlus 11 Jupiter Rock ini dijual pada harga CNY 4,899 (RM3138) untuk 16GB + 512GB. Setiap pembelian akan menerima kotak istimewa bersama SIM pin edisi khas. Malangnya, OnePlus 11 Jupiter Rock ini hanya tersedia untuk pasaran China sahaja buat masa ini.

ARTIKEL BERKAITAN