Close

OnePlus bakal melancarkan OnePlus 11 edisi khas – Tampil dengan bahan binaan khas

OnePlus dijangka akan melancarkan OnePlus 11 edisi khas yang akan menggunakan bahan binaan khas yang tidak pernah digunakan oleh mana-mana pengeluar telefon pintar pada ketika ini.

Perkara tersebut disahkan oleh Li Jie yang merupakan Presiden OnePlus China. Menurut beliau, OnePlus 11 edisi terhad ini akan hadir dengan bahan dan juga pembuatan yang tidak pernah digunakan sebelum ini, menjadikan ia peranti unik.

Li Jie turut berkongsi imej awal yang memperlihatkan OnePlus 11 dengan planet Jupiter, sekaligus memberikan gambaran yang peranti tersebut mungkin tampil dengan bahan khas pada kemasan panel belakang yang dikatakan akan terasa sejuk apabila dipegang.

Buat masa ini, tiada sebarang maklumat yang lebih terperinci mengenai OnePlus 11 edisi khas. Seperti biasa, akan lebih banyak maklumat akan didedahkan dari masa ke semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN