Close

OnePlus menjanjikan kemaskini Android sehingga 4 tahun untuk OnePlus 11

Kebanyakkan pengeluar ketika ini sedia untuk menawarkan kemaskini yang lebih panjang untuk peranti mereka. Antara pengeluar yang menawarkan kemaskini lebih panjang adalah seperti Samsung, Google. Honor dan Xiaomi.
Terbaru, OnePlus turut menjanjikan kemaskini yang lebih panjang untuk peranti premium mereka iaitu OnePlus 11. Perkara tersebut disahkan oleh Li Jie merupakan Presiden OnePlus China. Menurutnya, OnePlus menjanjikan kemaskini Android sehingga 4 tahun dan kemaskini keselamatan selama 5 tahun untuk OnePlus 11.
Selain OnePlus 11, peranti kelas pertengahan baharu iaitu OnePlus Ace 2 dan Ace 2V juga akan ditawarkan kemaskini yang lebih panjang dengan 3 tahun kemaskini Android dan 4 tahun kemaskini keselamatan.
Dengan menawarkan kemaskini yang lebih panjang, OnePlus kini dilihat sebaris dengan beberapa pengeluar lain seperti Samsung dan Google. Kos perbelanjaan untuk kemaskini ini dilaporkan mencecah sekitar CNY100 juta (RM65 Ribu).
Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah kemaskini yang lebih panjang ini akan tersedia untuk pasaran global atau sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN