Close

OnePlus Nord CE 3 Lite dan Nord Buds 2 akan dilancarkan di Malaysia pada 4 April ini

OnePlus telah menjadualkan acara pelancaran untuk peranti mampu milik baharu mereka pada 4 April ini. Pada acara tersebut, OnePlus akan menlancaran dua peranti mampu milik baharu iaitu OnePlus Nord CE 3 Lite dan OnePlus Nord Buds 2.


Pada ketika ini, OnePlus belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenai spesifikasi yang akan digunakan pada OnePlus Nord CE 3 Lite. Namun, menurut beberapa laporan peranti ini dijangka hadir dengan cip Snapdragon 695 5G dan menggunakan kamera 108MP.  Tapi apa yang pasti, peranti ini akan ditawarkan dalam pilihan warna Pastle Lime.

Bercakap mengenai TWS baharu iaitu OnePlus Nord Buds 2, ia dilihat masih membawakan rekaan yang sama seperti model sebelumnya dan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Putih dan Hitam. Tidak dapat dipastikan mengenai perubahan atau perbezaan yang dibawakan pada OnePlus Nord Buds 2.

Lebih banyak maklumat mengenai OnePlus Nord CE 3 Lite dan OnePlus Nord Buds 2 akan dikongsi sewaktu pelancarannya pada 4 April ini. Sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN