Oppo menjadualkan acara pelancaran siri Oppo Find X6 pada 21 Mac ini - FUZZ.MY

ASUS

Thursday, March 16, 2023

Oppo menjadualkan acara pelancaran siri Oppo Find X6 pada 21 Mac ini


Oppo secara rasmi telah berkongsi tarikh pelancaran peranti premium mereka iaitu siri Oppo Find X6 pada 21 Mac ini. Seperti yang kita tahu, siri ini memfokuskan kepada kemampuan kamera pada tahap tertinggi.



Perkongsian tersebut turut memperlihatkan rekaan awal siri Oppo Find X6, tampil dengan rekaan kamera belakang yang lebih menonjol dengan bonggol berbentuk bulat yang menggunakan kemasan bingkai seperti logam. Pada panel belakang ia tampil dengan kemasan seperti kulit dengan warna coklat.

 

Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi yang didedahkan. Namun, terdapat laporan menyatakan yang Oppo Find X6 akan hadir dengan penjenamaan kamera Hasselblad dan akan ditala dengan Marisilicon X. Untuk spesifikasi dalaman, peranti ini dijangka akan dikuasakan dengan Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan juga storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0. 


Dengan tarikh pelancaran yang semakin hampir, kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat akan didedahkan mengenai peranti ini.


(Sumber)