Close

Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap dilancarkan – Kelajuan 30Mbps dengan harga langganan RM69 sebulan

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) secara rasmi mengumumkan pakej baharu internet iaitu Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap rumah yang memfokuskan kepada golongan belia, OKU, B40, warga emas dan juga vateran.


Pakej ini, menawarkan kelajuan sehingga 30 Mbps bersama data tanpa had dengan harga langganan hanya RM69 sebulan dengan kontrak selama dua tahun. Pakej ini adalah 22% lebih murah jika dibandingkan dengan pakej semasa yang ditawarkan dengan harga RM89 dengan kelajuan yang sama.

Dengan harga langganan 22% lebih murah ia sekaligus membolehkan penjimatan sebanyak RM480 dilakukan selama tempoh kontrak.



Buat masa ini, beberapa penyedia perkhidmatan rangkaian dilihat telah mula menawarkan pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap iaitu YTL Broadband melalui Pakej Perpaduan bHome30, Unifi melalui Pakej Perpaduan Home 30Mbps dan juga TIME melalui Pakej Perpaduan Mykabel.

ARTIKEL BERKAITAN