Close

PDRM tawar diskaun 60% untuk pembayaran saman trafik terpilih

Bersempena dengan sambutan hari Polis ke-216, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menawarkan diskaun sebanyak 60% untuk pembayaran saman trafik terpilih.

Menariknya, pembayaran saman trafik ini boleh dilakukan melalui dua cara iaitu melalui aplikasi MyBayar Saman atau secara fizikal di semua kaunter bayaran trafik di Ibu pejabat Polis Kontinjen dan Daerah di seluruh negara. Diskaun untuk pembayaran saman trafik ini bermula dari 20 Mac sehingga 31 Mac 2023.

Namun begitu, diskaun ini tidak ditawarkan untuk kesalahan seperti Kemalangan, Kesalahan bicara mahkamah (M), Saman berstatus waran (W), Kesalahan berkaitan kenderaan berat (lori), Memotong secara berbahaya, Menggunakan lorong kecemasan, Kesalahan tidak boleh kompaun (NC), Tidak patuhi isyarat lampu merah, Memotong di garisan berkembar, Kesalahan pengubasuaian ekzos dan juga Saman berstatus OP Selamat.

Untuk membuat semakan atau pembayaran, anda boleh merujuk laman web MyBayar Saman.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN