Peranti boleh-lipat dari OnePlus dijangka akan dilancarkan pada tahun ini - FUZZ.MY

Thursday, March 2, 2023

Peranti boleh-lipat dari OnePlus dijangka akan dilancarkan pada tahun ini

Sumber : Slashleaks
OnePlus nampaknya tidak mahu ketinggalan dalam arena peranti boleh-lipat apabila mengesahkan yang mereka akan melancarkan peranti boleh-lipat pertama mereka pada tahun ini.


Melalui perkongsian tersebut, OnePlus menjanjikan yang peranti boleh-lipat pertama mereka akan membawakan kemampuan yang pantas dan lancar seperti mana identiti OnePlus ketika ini. Selain itu, ia juga akan membawakan reka bentuk yang lebih menarik dan juga lebih baik dari peranti boleh-lipat sedia ada.


Buat masa ini, tidak banyak maklumat yang dikongsi oleh OnePlus mengenai peranti boleh-lipat pertama mereka. Sebelum ini, OnePlus telahpun memfailkan tanda dagang untuk peranti boleh-lipat mereka iaitu OnePlus V Fold dan OnePlus V Flip.