Close

Pra-tempahan untuk siri Xiaomi 13 habis di jual

Siri Xiaomi 13 yang baharu sahaja dilancarkan pada 27 Februari lalu telahpun habis dipratempah di Malaysia. Pra-tempahan untuk siri Xiaomi 13 yang dibuka pada 27 Februari habis sebelum tarikh akhirnya iaitu pada 7 Mac.

Perkara tersebut telah dikongsi pihak Xiaomi melalui Facebook rasmi mereka. Xiaomi turut merakamkan ucapan terima kasih di atas sokongan yang diberikan oleh pengguna di Malaysia. Dalam masa yang sama, Xiaomi turut memaklumkan yang jualan terbuka untuk siri Xiaomi 13 akan berlangsung pada 8 Mac ini.


Di Malaysia, siri Xiaomi 13 ditawarkan dalam dua varian iaitu Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro. Untuk Xiaomi 13 ia ditawarkan pada harga RM3499 (8GB + 256GB). Manakala untuk Xiaomi 13 Pro ia ditawarkan pada harga RM4599 (12GB + 256GB) dan RM5999 (12GB + 512GB).

ARTIKEL BERKAITAN