Close

realme C55 akan dilancarkan di Malaysia pada 28 Mac ini


realme berkongsi tarikh pelancaran untuk realme C55 di Malaysia pada 28 Mac iniPeranti ini menawarkan peningkatan dari segi spesifikasi, reka bentuk dan kamera. Ia juga merupakan peranti terawal yang hadir dengan fungsi seperti Dynamic Island yang dipanggil sebagai Mini Capsule.



Menarik mengenai peranti ini adalah, ia hadir dengan fungsi Mini Capsule. Fungsi ini membolehkan ia memaparkan pelbagai informasi seperti notifikasi,status bateri, jarak berjalan kaki, status pengecasan dan lain-lain.


Peranti ini telahpun dilancarkan lebih awal di Indonesia dan berkemungkinan akan berkongsi spesifikasi yang sama untuk pasaran Malaysia. Peranti ini dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.7-inci FHD+ yang turut menyokong paparan 90Hz. Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G88 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.


Untuk fotografi, ia membawakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 64MP + 2MP kedalaman. Manakala untuk swafoto ia hadir dengan sensor 8MP. Peranti ini dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 33W. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari, NFC dan menjalankan realme ui 4.0 dan sebagainya.


Di Indonesia, realme C55 dijual pada harga bermula dari Rp2,499,000 (RM732) 6GB + 128GB. Ditawarkan dalam dua plilihan warna Sunshower dan Rainy Night. Untuk penawaran harga dan ketersediaan peranti ini di Malaysia, ia akan diumumkan pada hari pelancarannya kelak. Sama-sama kita nantikan.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN