Close

realme C55 dengan fungsi Dynamic Island akan dilancarkan pada 7 Mac ini

realme telah menjadualkan acara pelancaran untuk realme C55 pada 7 Mac ini di Indonesia. Menariknya, peranti ini membawakan fungsi seperti Dynamic Island yang dipanggil sebagai realme Mini Capsule, memaparkan pelbagai informasi, notifikasi,status bateri, jarak berjalan kaki dan sebagainya.

Dari segi spesifikasi, realme C55 dilengakapi dengan skrin bersaiz 6.7-inci FHD+ yang turut menyokong paparan 90Hz. Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G88 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Dari segi fotografi, ia membawakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 64MP. Manakala untuk swafoto ia hadir dengan sensor 8MP. Peranti ini dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 33W. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari, menjalankan realme ui 4.0 dan sebagainya.

Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai harga dan juga ketersediaan peranti ini di Malaysia. Seperti biasa, akan lebih banyak maklumat akan didedahkan menjelang hari pelancarannya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN