Close

realme C55 dengan fungsi Dynamic Island dilancarkan dengan harga sekitar RM732

realme secara rasmi melancarkan peranti kelas pertengahan baharu mereka iaitu realmc C55 di Indonesia. Peranti ini menawarkan peningkatan dari segi spesifikasi, kamera dan juga fungsi seperti Dynamic Island yang dipanggil sebagai Mini Capsule.


Menarik mengenai peranti ini adalah, ia hadir dengan fungsi seperti Dynamic Island yang dipanggil sebagai Mini Capsule. Fungsi ini membolehkan ia memaparkan pelbagai informasi seperti notifikasi,status bateri, jarak berjalan kaki dan sebagainya.

Dari segi spesifikasi, realme C55 dilengakapi dengan skrin bersaiz 6.7-inci FHD+ yang turut menyokong paparan 90Hz. Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G88 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Untuk fotografi, ia membawakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 64MP + 2MP kedalaman. Manakala untuk swafoto ia hadir dengan sensor 8MP. Peranti ini dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 33W. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari, FNFC dan menjalankan realme ui 4.0 dan sebagainya.

Di Indonesia, realme C55 dijual pada harga Rp2,499,000 (RM732) untuk 6GB + 128GB dan Rp2,999,000 (RM873) untuk 8GB + 256GB. Ditawarkan dalam dua plilihan warna Sunshower dan Rainy Night. Model ini dijangka akan turut ditawarkan di Malaysia dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN