Close

RedMagic 4K Gaming Monitor kini ditawarkan di Malaysia dengan harga RM3999

RedMagic kini bukan sahaja menawarkan telefon pintar yang mefokuskan kepada permainan sahaja. Terkini, RedMagic bersedia untuk menawarkan Monitor yang turut memfokuskan kepada permainan dan ianya telahpun tersedia untuk pasaran tempatan.

Monitor yang dimaksudkan adalah RedMagic 4K Gaming Monitor 27″ Mini-LED. Menggunakan panel jenis IPS LCD bersaiz 27″ dengan resolusi 4K UHD yang turut menyokong warna HDR1000. Mempunyai lebih dari 2000 mini-LED dengan kecerahan puncak 1300 nits dan turut menyokong fungsi AMD FressSync Premium.
RedMagic mendakwa yang monitor ini mempunyai kualiti panel yang tinggi dan menawarkan hasil warna yang baik. Selain itu, ia turut menawarkan kualiti visual yang lebih baik dan mempunyai prestasi yang mengagumkan. 
Selain itu, monitor ini turut menyokong paparan 160Hz dan mempunyai sistem RGB pada bahagian belakang bersama reka bentuk yang mantap. Untuk sambungan, ia hadir dengan 2x HDMI2.1, 1x DP1.4, 1x USB-C yang menyokong pemindahan data dan pengecasan 90W, 2x USB-A 3.0 dan 1x USB-B, 1x port bicu audio 3.5mm. 

Untuk pasaran Malaysia, RedMagic 4K Gaming Monitor 27″ Mini-LED dijual pada harga RM3999. Akan mula dijual pada 4 April ini secara ekslusif di kedai atas talian rasmi di Shopee.

ARTIKEL BERKAITAN