Close

RedMagic 8 Pro kini ditawarkan dalam pilihan warna Titanium

Selain dari mengumumkan RedMagic 4K Gaming Monitor 27″ Mini-LED, RedMagic turut mengumumkan pilihan warna baharu untuk RedMagic 8 Pro. Pilihan warna baharu tersebut adalah Titanium yang tampil dengan rekaan panel lutsinar bersama konfigurasi 16GB RAM.

Dari segi spesifikasi, ia masih mengekalkan spesifikasi yang sama iaitu dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, 16GB RAM, 512GB storan dalaman, skrin 6.8-inci yang turut menyokong paparan 120Hz. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang 50MP + 8MP + 2MP, bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan 65W.

Menarik mengenai pilihan warna baharu ini adalah ia hadir dengan kombinasi warna yang sangat bersesuaian yang menampakan peranti ini sangat minimal dan juga sangat menarik. Ditambah dengan rekaan lutsinar yang mendedahkan sebahagian perkakasan seperti kipas penyejuk yang mempunyai elemen RGB menjadikan peranti ini lebih menonjol.

Bagi yang berminat, RedMagic 8 Pro Titanium ini akan mula dijual pada 4 April ini secara eksklusif di kedai atas talian rasmi di Shopee dengan harga jualan RM4299.

ARTIKEL BERKAITAN