Close

Redmi Note 12 Turbo dilancarkan dengan Snapdragon 7+ Gen 2 dan kamera 64MP

Sub-jenama kepada Xiaomi iaitu Redmi mengumumkan satu lagi peranti di bawah siri Redmi Note 12 iaitu Redmi Note 12 Turbo untuk pasaran China. Merupakan peranti terawal yang hadir dengan cip kelas pertengahan terbaru dari Qualcomm iaitu Snapdragon 7+ Gen 2.

Untuk spesifikasi, Redmi Note 12 Turbo dilengkapi dengan skrin OLED bersaiz 6.67-inci FHD+ yang menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7+ Gen 2 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB DAN storan dalaman sehingga 1TB UFS 3.1.

Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 64MP + 8MP Ultra lebar + 2MP makro. Manakala, untuk swafoto ia hadir dengan sensor 16MP.  Bateri 5000mAh dimuat yang turut menyokong pengecasan pantas 67W. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti soskongan WiFi6, bicu audio 3.5mm, IR Blaster, NFC, Bluetooth 5.3 dan menjalankan MIUI 14 yang berasaskan Android 13.
Di China, Redmi Note 12 Turbo dijual pada harga CNY 1,999 (RM1278) untuk 8GB + 256GB, CNY 2,099 (RM1341) untuk 12GB + 512GB dan untuk konfigurasi paling tinggi dijual pada harga CNY 2,599 (RM1660). Peranti ini hanya tersedia untuk pasaran China sahaja buat masa ini.

ARTIKEL BERKAITAN