Reels kini menyokong durasi video sehingga 90 saat - FUZZ.MY

Monday, March 6, 2023

Reels kini menyokong durasi video sehingga 90 saat


Facebook sedia menawarkan Reels pada aplikasi mereka untuk bersaing dengan TikTok. Fungsi ini memfokuskan kepada format video pendek dan boleh disunting. Selain itu, terdapat juga beberapa fungsi menarik di bawah reels seperti Reels Remix, Templat khas dan lain-lain.

 

Terkini, Facebook sedia menambah baik fungsi reels dengan membawakan beberapa kemaskini untuk menjadikan reels lebih menarik dan lebih baik.

Antara kemaskini yang diberikan adalah kandungan reels kini menyokong perkongsian video yang lebih panjang iaitu sehingga 90 saat. Selain itu, terdapat juga beberapa lagi kemaskini lain seperti reels from memories, pilihan template yang lebih banyak dan Grooves.

Kemaskini ini akan diterima oleh semua pengguna dan akan diberikan secara berperingkat.