Close

Rekaan Huawei P60 diperlihatkan secara rasmi


Sebelum ini, Huawei telah berkongsi secara rasmi tarikh pelancaran peranti premium mereka iaitu pada 23 Mac ini di China. Pada acara tersebut, Huawei dijangka akan melancarkan dua peranti mereka iaitu siri Huawei P60 dan Huawei Mate X3.



Terbaru, Huawei secara rasmi telah memperlihatkan rekaan panel belakang Huawei P60. Berdasarkan dari perkongsian tersebut, memperlihatkan yang Huawei P60 tampil dengan rekaan kamera yang berbeza dari model sebelumnya. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang, satu daripadanya hadir dengan saiz sensor yang lebih besar manakala dua lagi bersaiz kecil. 


Selain itu, dapat dilihat penjenamaan teknologi fotografi XMAGE yang diletakkan pada bahagian kamera. Kemasan panel belakang  tampil dengan rekaan seperti seramik dan berkemungkinan menggunakan kemasan jenis matte.

Seperti biasa, kami menjangkakan lebih banyak maklumat akan dikongsi menjelang hari pelancarannya yang bakal berlangsung beberapa hari sahaja lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN