Close

Rekaan Nothing Speaker diperlihatkan

Sumber : 91 Mobiles

Nothing sebelum ini telahpun berkongsi beberapa maklumat awal mengenai peranti mereka yang seterusnya. Ia bukanlah Nothing Phone (2) tetapi peranti tersebut adalah speaker pintar tanpa wayar.


Something mighty is on the horizon.

Can you guess what we’re cooking up? pic.twitter.com/QZs9k3Hh4X

— Nothing (@nothing) March 1, 2023

 

Apa yang menarik mengenai peranti ini adalah rekaan speaker pintar ini dilihat sedikit pelik dan tidak tidak sama dengan rekaan speaker pintar yang ada di pasaran ketika ini. Speaker pintar ini menggunakan rekaan jenis berkotak yang dibahagikan kepada tiga bahagian kecil. Pada bahagian atas terdapat tempat pemegang yang menggunakan rekaan lutsinar. Pada bahagian tengah terletaknya dua tweeter berwarna hitam dan pada bahagian bawah pula dua buah sub-woofer yang berwarna perak.


Selain itu, terdapat juga butang kawalan berwarna putih pada bahagian sisi kanan dan butang kawalan berwarna merah di bahagian sisi kiri. Tidak ketinggalan terdapat juga logo Nothing yang diletak di antara dua tweeter dan juga tapak getah pada bahagian bawah.


Secara keseluruhan, rekaan speaker pintar tanpa wayar ini dilihat tampil dengan rekaan ikonik yang digunakan pada kesemua produk Nothing. Untuk spesifikasi, buat masa ini tiada sebarang maklumat yang didedahkan. Seperti biasa, lebih banyak maklumat akan didedahkan dari masa ke semasa.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN