Close

Rekaan penuh Nothing Ear (2) tertiris

Sumber : OnLeaks x TheTechOutLook

Nothing telahpun menjadualkan acara pelancaran TWS terbaru mereka iaitu Nothin Ear (2) yang akan berlangsung pada 22 Mac ini. Dengan hari pelancaran yang semakin hampir, semakin banyak maklumat mengenai peranti ini telah didedahkan.

Sumber : OnLeaks x TheTechOutLook

Terkini, imej rekaan penuh Nothing Ear (2) telahpun tertiris. Berdasarkan dari imej tersebut memperlihatkan rekaan Nothing Ear (2) adalah sama seperti Nothing Ear (1) tiada perubahan ketara yang dibawakan. Masih lagi hadir dengan rekaan lutsinar dan juga kerangka pengecasan berbentuk petak.

Sumber : OnLeaks x TheTechOutLook

Namun begitu, terdapat perubahan kecil yang dilakukan pada Nothing Ear (2). Yang mana, kedudukan mikrofon untuk pembatalan hingar kini berada di bahagian tepi, pada Nothing Ear (1) ia berada di bahagian atas. Selain itu, kerangka pengecasan tidak lagi mempunyai rekaan lutsinar pada kawasan yang tiada komponen.


Sumber : OnLeaks x TheTechOutLook

Dari segi audio, ia dilaporkan masih lagi menggunakan pemacu audio 11.6mm yang sama seperti model sebelumnya. Tetapi, ia akan menawarkan fungsi ANC yang lebih baik dan boleh diubahsuai mengikut kesesuaian pengguna. Nothing Ear (2) juga dikatakan lebih ringan dengan 0.2 gram berbanding generasi sebelumnya.

Sumber : OnLeaks x TheTechOutLook

Nothing Ear (2) juga dikatakan akan menyokong beberapa fungsi baharu seperti Advanced EQ dan juga Find Earbuds. Spesifikasi lain yang dijangka akan hadir adalah seperti pengecasan jenis USB-C, pengecasan tanpa wayar, penarafan IP54, dan menyokong sambungan dua peranti secara serentak.

ARTIKEL BERKAITAN