Close

Rekaan TWS Sony WF-1000XM5 tertiris – Lebih kompak dan lebih ringan

Sumber : TheWalkmanBlog

Sony nampaknya sudah bersedia untuk menggantikan TWS semasa mereka yang dilancarkan pada tahun 2021. Model baharu yang akan menggantikan TWS tersebut adalah WF-1000XM5. 

Sumber : TheWalkmanBlog

Terbaru, TWS tersebut dilaporkan telah melepasi Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC). Berikutan dari itu, pelbagai maklumat mengenai TWS tersebut telahpun tertiris. Antara maklumat yang tertiris adalah seperti rekaan dan kemasan yang akan digunakan.
Dari segi rekaan, Sony WF-1000XM5 dilaporkan akan hadir dengan rekaan yang lebih ringan dan lebih kompak dari model sebelumnya. Selain itu, ia juga dilihat akan hadir dengan kemasan plastik jenis matte seperti mana pada Sony WF-1000XM4.
Untuk spesifikasi lain yang akan dibawakan buat masa ini tidak lagi diketahui. Sony WF-1000XM5 dijangka akan dilancarkan dalam masa terdekat. Seperti biasa, lebih banyak maklumat akan didedahkan dari masa ke semasa.

ARTIKEL BERKAITAN