Close

Samsung Galaxy A14 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga RM799

Samsung kini sedia untuk menawarkan satu lagi peranti kelas permulaan baharu untuk pasaran tempatan melalui model Samsung Galaxy A14. Membawakan beberapa peningkatan dari segi spesifikasi dan juga reka bentuk.

Samsung Galaxy A14 dilengkapi dengan skrin 6.6-inci dengan resolusi FHD+. Dikuasakan dengan cip Exynos 850 yang dipadankan dengan 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Peranti ini turut menyokong slot mikroSD sehingga 1TB.

Untuk fotogtrafi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 5MP ultra lebar + 2MP makro. Sementara untuk swafoto ia hadir dengan sensor 13MP. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 15W.

Menurut Samsung, komponen dan aksesori Samsung Galaxy A14 dihasil dengan menggunakan plastik kitar semula. Yang mana, ia merupakan sebahagian dari komitmen Samsung Galaxy for the Planet. Peranti ini menjalankan One UI 5.1 yang terkini dan akan menerima kemaskini Android selama 2 tahun dan kemaskini keselamatan selama 4 tahun.

Bagi yang berminat, Samsung Galaxy A14 kini boleh mula di Malaysia pada harga RM799.

ARTIKEL BERKAITAN