Close

Samsung Galaxy A54 5G dan A34 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 24 Mac ini

Samsung secara rasmi melancarkan dua peranti baharu di bawah siri Galaxy A iaitu Samsung Galaxy A54 5G dan juga A34 5G. Hadir dengan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi dan juga reka bentuk yang lebih baik.

Untuk spesifikasi, Samsung Galaxy A34 5G dilengkapi dengan skrin 6.6-inci FHD Super AMOLED yang turut menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip MediaTek 1080 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 48MP + 8MP ultra lebar + 5MP makro. Sementara untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 13MP. Spesifikasi lain yang turut dibawakan Bateri 5000mAh, penarafan IP67, sokongan Dolby Atmos dan menjalankan One UI 5.1 yang berasaskan Android 13.

Manakala untuk Samsung Galaxy A54 5G, ia dilengkapi dengan skrin 6.4-inci FHD+ Super AMOLED yang turut menyokong paparan 120Hz. Dijana dengan cip Exynos 1380 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Untuk fotografi. ia hadir dengan tetapan tri-kamera dengan sensor utama 50MP + 12MP ultra lebar + 5MP makro. Manakala swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 32MP. Spesifikasi lain yang turut dibawakan Bateri 5000mAh, penarafan IP67, sokongan Dolby Atmos dan menjalankan One UI 5.1 yang berasaskan Android 13.

Pada siri Galaxy A 2023, Samsung menjanjikan kemaskini yang lebih panjang dengan kemaskini Android selama 4 tahun dan kemaskini keselamatan selama 5 tahun. Selain itu, Samsung turut menyatakan yang siri Galaxy A ini membawakan paparan yang lebih terang, ketahanan bateri yang lebih panjang dan juga kamera yang lebih baik.

Buat masa ini tiada sebarang maklumat mengenai ketersediaan dan juga harga jualan untuk pasaran Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN