Close

Samsung Galaxy S23 FE mungkin tidak akan dilancarkan pada tahun ini

Sebelum ini, terdapat laporan menyatakan yang Samsung akan membawakan kembali Samsung Galaxy FE pada model S23 dan akan dilancarkan pada pertengahan tahun 2023.

Sure doesn’t look like there’ll be an S23 FE this year.

— Roland Quandt (@rquandt) March 10, 2023

 

Terbaru, menurut pakar tiris prolifik iaitu Roland Quandt melalui akaun Twitter beliau. Menyatakan yang Samsung mungkin tidak akan melancarkan Samsung Galaxy S23 FE pada tahun ini. Namun begitu, tiada maklumat terperinci yang didedahkan mengenai perkara tersebut.

Melalui maklumat tersebut, kita mungkin boleh menyatakan yang Samsung mungkin belum lagi memulakan sebarang pembangunan untuk Samsung Galaxy S23 FE. Atau mungkin Samsung lebih memilih pengguna untuk membeli peranti flagship terdahulu atau siri Galaxy A berbanding menawarkan Samsung Galaxy FE.

Walaubagaimanapun, laporan ini dilihat sedikit bercanggah dengan laporan sebelum ini yang menyatakan sebaliknya. Kita mungkin akan didedahkan dengan lebih banyak laporan mengenai Samsung Galaxy S23 FE dari masa ke semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN