Close

Samsung Galaxy S23 – Kecil-kecil cili padi


Samsung Galaxy S23 merupakan model asas kepada siri Samsung Galaxy S, yang juga pelengkap kepada siri ini. Walaupun, Samsung Galaxy S23 bukanlah sebuah peranti yang menjadi pilihan ramai seperti model Samsung Galaxy S23 Ultra. Namun begitu, masih ada individu yang menyukai peranti kompak seperti Samsung Galaxy S23.


Spesifikasi




Seperti yang diketahui umum, siri Samsung Galaxy S23 hadir dengan cip khas iaitu Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy. Cip khas ini dikatakan adalah lebih pantas dengan 3.36GHz berbanding Snapdragon 8 Gen 2 versi biasa yang hanya 3.2GHz.


Bahagian bateri juga turut hadir dengan penambahbaikan sebanyak 200mAh. Pada Samsung S22, ia hadir dengan bateri sebesar 3700mAh dan untuk Samsung Galaxy S23 ia kini mempunyai kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 3900mAh.


Rekaan




Samsung masih mengekalkan rekaan ikonik pada Samsung Galaxy S23 tetapi masih membawakan sedikit perubahan dari segi rekaan. Yang mana, rekaan kamera Samsung Galaxy S22 adalah lebih besar dan terdapat bingkai yang merangkumi sisi badan peranti tersebut.


Tetapi pada kali ini, Samsung Galaxy S23 hadir dengan rekaan kamera yang dipanggil “Floating Camera” yang menampak rekaan kamera lebih minimal dan lebih kemas. Rekaan luaran yang dibawakan oleh Samsung juga dilihat lebih matang dan juga lebih kemas. Rekaan sisi yang berkotak juga dilihat memberikan keselesaan ketika memegangnya.


Skrin


Samsung Galaxy S23 masih membawakan saiz skrin yang sama iaitu dengan 6.1-inci Dynamic AMOLED 2X jenis rata yang turut menyokong paparan 120Hz. Selain itu, ia juga kini menyokong tahap kecerahana puncak yang lebih baik dengan 1750 nits dan dilindungi dengan Gorill Glass Victus 2 yang merupakan kaca tahan lasak yang terbaik di pasaran ketika ini.

Bingkai skrin yang digunakan juga kini lebih nipis dan lebih simetri pada setiap sisi menjadikan ia lebih sedap mata memandangkan. Rekaan ini juga memainkan peranan penting dalam memberikan kepuasan kepada pengguna yang menuyukai peranti yang bersaiz kecil dan kompak.

Sistem Operasi

Memandangkan Samsung Galaxy S23 ini dilancarkan pada permulaan tahun 2023, maka sistem operasi yang digunakan juga adalah yang terkini iaitu One UI 5.1 yang berasaskan Android 13. 


One UI 5.1 daripada Samsung ternyata lebih matang, kemas dan lebih mudah untuk diubah suai dari segi antaramuka. Samsung juga menawarkan kemas kini yang lebih panjang untuk Samsung Galaxy S23 iaitu 4 tahun untuk kemas kini Android dan 5 tahun untuk kemas kini keselamatan.


Kamera



Pada bahagian kamera, Samsung Galaxy S23 masih lagi mengekalkan sensor serta kemampuan kamera yang sama dengan sensor utama sebesar 50MP + 12MP ultra lebar + 10MP telefoto. Untuk swafoto ia kini hadir dengan sensor 12MP berbanding model sebelumnya yang menggunakan sensor 10MP.


Selain daripada itu, tiada perubahan drastik yang dilakukan pada kamera yang membuatkan ia lebih menarik perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN