Close

Samsung mungkin akan melancarkan peranti boleh lipat ‘Tri-Fold’ pada tahun ini

Sumber : LetGoDigital

Samsung nampaknya bersedia untuk membawa perubahan teknologi pada peranti boleh lipat dengan memperkenalkan telefon pintar dengan rekaan tiga lipatan pada tahun ini.


There is no Galaxy S23 FE in the development chain unlike what the recent rumours have been pointing..

Samsung is instead working on the improved Z Fold 5 & Flip 5 along with a Tri-Fold that might finally ship this year

FE fans should look elsewhere…

— Yogesh Brar (@heyitsyogesh) March 24, 2023

 

Terkini, Samsung dilaporkan bersedia untuk melancarkan telefon pintar tiga lipatan pada tahun ini. Menurut sumber, disamping akan memperkenalkan Samsung Galaxy Fold5 dan Flip5 dengan spesifikasi dan reka bentuk yang dipertingkat, Samsung turut akan melancarkan telefon pintar tiga lipatan pertama mereka.

Samsung buat masa ini telefon mempunyai beberapa prototaip telefon pintar tiga lipatan dan telahpun diperlihatkan pada acara CES 2022 yang berlangsung pada awal tahun lalu. Antara prototaip telefon pintar tiga lipatan yang telah diperlihatkan adalah Samsung Fold S dan juga Flex G.


Seperti namanya, peranti ini akan mempunyai dua engsel yang membolehkan peranti dilipat sebanyak tiga kali serta boleh dibuka mengikut keselesaan pengguna. Dengan perkembangan teknologi telefon pintar boleh lipat yang semakin hebat, kami menjangkakan akan lebih banyak pengeluar akan memperkenalkan peranti boleh lipat dengan harga yang lebih kompetitif.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN