Untuk gaya, ia menawarkan empat pilihan iaitu tulisan kuning dengan latar belakang hitam, tulisan putih dengan outline hitam, tulisan putih dan juga tulisan hitam dengan latar belakang putih. Manakala untuk saiz, ia tampil dengan tiga pilihan iaitu kecil, sedarhana dan besar.
Kemaskini ini dilihat sangat membantu pengguna dalam menyesuaikan kandungan dengan sari kata yang kadang-kala dipaparkan tidak mengikut resolusi yang tepat. Fungsi ini bukanlah satu fungsi baharu, sebaliknya ia lebih awal ditawarkan untuk pengguna Netflix versi web.