Semua iPhone 15 disahkan akan hadir dengan Dynamic Island - FUZZ.MY

Tuesday, March 7, 2023

Semua iPhone 15 disahkan akan hadir dengan Dynamic Island


Apple telah membawakan rekaan skrin baharu yang dipanggil sebagai Dynamic Island. Melaluinya, Apple telah menjadikan takuk skrin atau lubang skrin menjadi lebih menarik dan berguna. Berikutan dari itu, terdapat laporan menyatakan yang kesemua model iPhone 15 akan hadir dengan fungsi Dynamic Island. 



Terkini, panel skrin yang didakwa sebagai panel yang akan digunakan untuk siri iPhone 15 telah tertiris. Sekaligus mengesahkan laporan sebelum ini yang kesemua model iPhone 15 akan hadir dengan Dynamic Island.

Berdasarkan dari perkongsian ShrimpApplePro melalui Twitter, memperlihatkan tiga panel skrin untuk siri iPhone 15. Selain hadir dengan fungsi Dynamic Island, ia juga dijangka akan hadir dengan rekaan bezel yang lebih nipis dengan skrin yang sedikit melengkung pada bahagian bucu.


Pada siri iPhone 15, Apple dijangka akan membawakan perubahan yang lebih ketara dari segi rekaan, spesifikasi dan juga kemampuan kamera.