Close

Senarai peranti Oppo yang akan menerima kemas kini ColorOS 13 untuk bulan Mac

Oppo kini sedia untuk menawarkan kemas kini ColorOS 13 yang berasaskan Android 13 secara global untuk peranti mereka. Berikutan dari itu, Oppo telahpun mengeluarkan senarai peranti dan juga garis masa mengenai ketersediaan kemas kini tersebut.



Berdasarkan dari jadual kemaskini yang dikongsi, memperlihatkan dua kemas kini akan diberikan iaitu versi beta dan juga versi stabil. Untuk versi stabil, memperlihatkan peranti seperti Find X5, Find X3, Reno 8, Reno 7, F21, K10, A97,A77 dan lain-lain. Manakala untuk kemas kini versi beta, antara peranti yang disenaraikan adalah seperti Reno 6, Reno 5, Reno 5 Marvel Edition, Reno 5F dan F19 Pro.


ColorOS 13 secara asasnya membawakan beberapa perubahan antaramuka yang lebih baik bersama beberapa fungsi baharu yang lebih menarik seperti fungsi AOD baharu dan juga keupayaan merentas peranti yang dipertingkat. Namun begitu, senarai peranti dan jadual kemas kini tersebut adalah anggaran dan mungkin terdapat perubahan dari masa ke semasa.

ARTIKEL BERKAITAN