Close

Siri Huawei P60 dilancarkan – Snapdragon 8+ Gen 1, komunikasi satelit dan kamera XMAGE

Huawei secara rasmi telah melancarkan peranti premium mereka iaitu siri Huawei P60 di China. Melaluinya ia hadir dengan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi, kamera dengan juga kemampuan komunikasi satelit.

Huawei P60 Pro


Model paling premium ini hadir dengan skrin OLED LTPO jenis melengkung bersaiz 6.67-inci FHD+, menyokong paparan 120Hz dan dilindungi dengan kaca Kunlun. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 4G yang dipadankan dengan storan dalaman sehingga 1TB. Bateri 4815mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 88W dan 50W pengecasan tanpa wayar.

Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera sistem dengan sensor utama 48MP OIS + 48MP telefoto OIS + 13MP ultra sudut. Untuk swafoto ia hadir dengan sensor 13MP. Kemampuan kamera ini ditala dengan sistem kamera XMAGE. Menyokong zum optikal sehingga 5X dan zum digital sehingga 100X. Ciri lain yang turut dibawakan adalah seperti Komunikasi satelit dua hala, penarafan IP68, pengimbas cap jari dibawah skrin dan menjalankan sistem operasi Harmony OS 3.1.

Huawei P60


Seterusnya adalah Huawei P60, turut menggunakan skrin OLED LTPO jenis melengkung bersaiz 6.67-inci FHD+, menyokong paparan 120Hz dan dilindungi dengan kaca Kunlun. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 4G yang dipadankan dengan storan dalaman sehingga 512GB. Bateri 4815mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 66W dan 50W pengecasan tanpa wayar.


Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera sistem dengan sensor utama 48MP OIS + 12MP telefoto OIS + 13MP ultra sudut. Untuk swafoto ia hadir dengan sensor 13MP. Kemampuan kamera ini ditala dengan sistem kamera XMAGE. Menyokong zum optikal sehingga 5X dan zum digital sehingga 5X. Ciri lain yang turut dibawakan adalah seperti Komunikasi satelit dua hala, penarafan IP68, pengimbas cap jari dibawah skrin dan menjalankan sistem operasi Harmony OS 3.1.

Di China, Huawei P60 dijual pada harga bermula dari CNY 4488 (RM2911) untuk 128GB, sementara untuk Huawei P60 Pro ia dijual pada harga bermula dari CNY6988 (RM4533) untuk 128GB.

ARTIKEL BERKAITAN